Rabu, 6 Oktober 2010

PENUTUPAN SEMENTARA Dianalicious Homemade Cakes

UNTUK MAKLUMAN...DIANALICIOUS HOME MADE CAKES TIDAK LAGI BEROPERASI DI NEGERI PULAU PINANG SEBALIKNYA BERTUKAR KE NEGERI MELAKA. BUAT MASA INI SEBARANG TEMPAHAN BELUM DAPAT DITERIMA. INSYAALLAH NNTIKAN LOKASI TERKINI DI NEGERI MELAKA

Jumaat, 17 September 2010

FONDANT CUPCAKES - Hantaran Pertunangan





Tempahan yang Diana terima selepas hari raya baru-baru ni, untuk hantaran majlis pertunangan. Ramai betul orang yang buat majlis bertunang lepas hari raya ni kan. Mungkin kebetulan sebab ramai yang sambung cuti raya agaknya. Fondant cupcakes ditempah oleh cc dan juga liza. Hope berpuas hati ya...

ORDER CHEESE CAKE LIZA


Antara order yang diterima menjelang Hari Raya Aidilfitri. Customer yang juga merangkap sahabat yang paling setia dan fanatik betul dengan ciskek ni. Thanks Liza kerana tak jemu2 order kek dari kak Diana ni. Liza ni nakkan ciskek untuk birthday anaknya yang jatuh pada hari raya aidilfitri yang lepas.

Isnin, 16 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum buat semua pengunjung2 dan juga blogger2...
Rasanya tak terlewat lagi Diana nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa walaupun dah hampir 6 hari umat islam berpuasa.
Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini DIANALICIOUS HOMEMADE CAKES tidak menerima sebarang tempahan sehingga menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak. Harap maklum.

Order dari my ofis sempena menyambut bulan ramadhan yang akan tiba. Chocolate Moist Cake seberat 3kg. Lama gambar nie terperam dalam pc coz lambat menghapdetkan dalam blog ni

Ahad, 11 Julai 2010

2 tier stacked cakes



Salam buat semua blogger...
Lama betul Diana beristirehat dari dunia membaking nie..haa..hah.. bukannyer apa coz mcm2 perkara perlu disettlekan dan juga rutin harian yang semakin sibuk. Baru-baru ni Diana berkesempatan join class wif my sifu. 2 tier stacked cakes wif stim buttercream frosting. Hmm.. memang lazat aising nie. So..inilah hasil my kreativiti semasa mengikuti kelas tersebut.

Ahad, 30 Mei 2010

CLOSING ORDER

Salam buat pengunjung2...
Dianalicious Homemade Cakes tidak menerima sebarang tempahan pada tarikh-tarikh seperti berikut :

31 Mei 2010 hingga 13 Jun 2010

30 Jun 2010 hingga 5 Julai 2010

Sekian... untuk makluman

Sabtu, 29 Mei 2010

Edible cake - Ain


Tempahan dari my SIL untuk surprise kan best frenz nyer Ain. Sponge cake coffee flavour bersaiz 8 inci dihiasi buttercream dan edible. Nasib baik my SIL bagi tau awal nak letakkan edible tu, trus sms kak ct hajar order edible. Hmmm... sweet sangat gmbar Ain kat edible tu.. HAPPY BESDAY AIN ye... and thanks Atiya coz order dengan kak diana.

Birthday cake - ofis potluck



Tempahan dari my ofis sempena bulan May potluck. Sponge cake coffee flavor bersaiz 10 inci dan dihiasi dengan buttercream icing.

Selasa, 27 April 2010

Order for besday potluck



Dua biji kek Chocolate Moist kek seberat 2500gm dan Blueberry Cheese kek bersaiz 8 inci ini ditempah oleh my boss for our montly potluck and birthday celebration @ my ofis.

Isnin, 26 April 2010

Repeat order dari Alma


Chocolate Moist Cakes ni repeat order dari customer dari Alma. Bukit Mertajam. Alhamdulillah...terima kasih banyak-banyak. Hope berpuas hati dan selamat menjamu selera

Ahad, 25 April 2010

Blueberry Cheese Cake


my peberet...blueberry cheese cake ni juga hasil berguru dengan my sifu. Rasanya...memang payah nak diungkapkan oleh kata-kata. hihih...sebab memang sedap sangat-sangat...

Toffee Caramel Cheese Cake



Chilled Toffee Caramel Cheese cake nie hasilan dari class dengan Kak Ana aka my sifu. nyumm..nyumm..memang sungguh menyelerakan dan menawan hati sesiapa saja yang meminati cheese cake.

TARTS


Egg Tart

Fruit Tart

Cheese Tart
Available now..Cheese tart, egg tart & fruit tart..
oRdEr..!!! call us 012-5611455
minimum order 30 pcs

Khamis, 15 April 2010

Bulk order Blueberry Muffin


Alhamdulillah...akhirnya siap jugak. kali ni Diana dapat order 400 pcs blueberry muffin drp Jabatan Bomba dan Penyelamat, Negeri Pulau Pinang sempena Pertandingan Kawad Kecekapan yang akan berlangsung pada Sabtu ni 17 April 2010. Bertempat di perkarangan Jusco, Bandar Perda. Kepada sesape yang ingin menempah bolehlah contact di nombor yang tertera kat atas.

Ahad, 11 April 2010

Jumaat, 9 April 2010

Order Oreo cheese cakes Liza


Chilled Oreo Cheese cakes ni request dari my ofismate Liza. Ternyata dia nie memang fanatik betul ngan cheese cake. Thank you Liza, lain waktu order lah lagi ya...jangan lupa promote2 kat kawan-kawan tau..

order cmc


Order kali ni datangnya daripada customer dari Alma,Bukit Mertajam. Inginkan chocolate moist cake just untuk makan-makan katanya. Terima kasih ye..

Mix Ice Cream Cake


Mix Ice Cream Cake ini khas untuk my mum sempena birthdaynya yang jatuh pada 1 April lepas. HAPPY BIRTHDAY MAMA...
Kek ni dilayer dengan 2 flavour ice cream, strawberry dan chocolate.

Our Product

CAKES
Choice of cakes

- Moist chocolate cake
- Orange chocolate cake
- Banana cake
- Prune cake
- Butter cake
- Orange cake
- Carrot cake
- Sponge cake ( flavour : choc, mocha, orange, coffee, vanilla )
- Cheese cake

Choice of frosting for cakes
- Buttercream
- Fresh Cream
- Chocolate ganache
- Fondant + gumpaste
- Cream cheese

Price will deffer according to the deco.
Price may subject to change from time to time
Price start from RM 40.00 and above.


CUPCAKES
Choice of cupcakes

- Vanilla
- Vanilla + chocolate chips or chocolate rice
- Chocolate
- Orange
- Carrot

Choice of frosting
- Buttercream
- Chocolate ganache
- Cream cheese
- Fondant / gumpaste


Size available – Souffle cup M ( 2.5 oz )
16 pcs RM 40.00 perbox
25 pcs RM 55.00 perbox

Souffle cup L ( 3 ¼ oz )
16 pcs RM 45.00 perbox
25 pcs RM 62.00 perbox

Price will deffer according to the deco.
Price may subject to change from time to time


MUFFIN
Choice of filling

- Blueberry
- Strawberry
- Prune
- Chocolate chips

Size available
* Muffin cup S = RM 1.00 each

- Minimum order 16 pcs

Rabu, 31 Mac 2010

Chilled Oreo Cheese cake


Oreo cheese cake ni, Diana buatkan sempena potluck kat ofis minggu lepas. Ternyata memang laku kek nie sebab ramai sungguh kengkawan di ofis tu peminat cheese cake sedonia..haa..hah jgn mare ek kawan2

1st Fondant cakes



First time Diana buat fondant cake setelah sekian lama berguru ngan mysifu. Hi..hihih....memang payah jugak nak menyediakannya. Perlukan kesabaran yang banyak ooo.... ermmm.... must try... kalau tak....habislah ilmu2 yang sekian lama Diana belajar tu. Untuk kek nie...Diana buatkan Madeira Cakes bersaiz 7 inci, dan covering dgn fondant dan bunga gumpaste. So...ini lah hasilnya...walaupun dalam hati ni rasa masih lagi ada kekurangan dan perlu dipraktis lagi.
Kek nie khas untuk majlis pertunangan my SIL yang tinggal kat Seremban untuk pihak lelaki kat Kelantan. Jauh sungguh kek nie pergi ye...hee..heh...
Apa2 pun SELAMAT BERTUNANG BUAT NUR ADILIN

tutti fruitti cake


Tempahan nie Diana terima minggu lepas. Tutti Fruiti Cakes....dengar nama jer memang dah menyelerakan. Kek sponge vanilla yang dilapisi dengan cream cheese filling dan mix fruit cocktail. Topping nyer pulak Diana coating dengan fresh cream dan sedikit buah-buahan sebagai hiasan.

deco tiramisu 1


Order kali nie datangnya dekat aje from my admint boss Puan Jafizah sempena potluck kat my ofis semalam. Ok kali nie... Diana buatkan tiramisu kek seberat 1800 gram dan Diana coat kan kek nie with whipping cream. best kek nie khas nya buat penggemar2 cheese + coffee sedonia...haa...hah...
deco yang simple jer...pada mulanya...nak letakkan buah...tapi kerana kesuntukan masa, diana just add choc card dan sedikit rose..tapi still sedap lagi nie..

Birthday cakes Alang & Iyad


Order kali nie khas untuk surprise kan someone yang menyambut hari lahir pada bulan yang sama. Kiranya 2 in 1 lah ye....
mocha sponge cake yang dilayer kan dengan butercream dan coating keseluruhannya juga dengan buttercream. Sememangnya kombinasi rasa yang amat bersesuaian dan sedap. Hmm....kepada yang ingin menikmati kek seperti ini, bolehlah menghubungi di nombor tertera kat atas ye...

cartoon art


Last sunday attend class ngan kak Ana lagi. Kali nie....dapat belajar teknik-teknik menghasilkan cartoon art yang amat sesuai sekali untuk Birthday cakes. nie...lah hasilnya... nampak macam susahkan tapi bila kita tahu teknik2 nyer....alhamdulillah....hmm....hasilnya memang berpuas hati.

cmc for abah


kali nie sempat Diana tempek kat sini pic Moist Chocolate Cake. Simple jer deco nyer...just coating wif ganache. Taste nyer...of course memang best dan sedap.
Kek nie Diana post kan buat Abah ( my father in law ) kat Seremban sempena besday nya.... hope abah and family kat Seremban suka ye...

wedding cake Rima



Wedding cake again....n3 kali nie order dari customer yang pernah order cuppies ngan Diana dulu. Terima kasih banyak2 ye kerana order ngan Diana lagi. Theme untuk kek hantaran perkahwinan nie pun request dari customer sendiri yang nak kan color pink..biru..putih dan hijau serta deko yang meriah2 katanya...so...nie lah hasilan deko dari diana sendiri. Walaupun customer dah emelkan contoh gambar dan deko kek yang dia nak, tapi diana cuba deko kan mengikut ilham dan idea yang datang dalam fikiran diana pada masa tu jugak. Bukan apa, tak mau lah ciplak idea orang....kang nanti marah lak tuan empunya nyer...kan..
Hmmm...kat dalam nyer...moist chocolate cake. Harap pengantin berpuas hatilah dengan kek nie ye..
Lepas nie, kalau ada sesape lagi yang nak order kek or cuppies, leh contact diana seperti nombor yang ada kat atas tu

deco cc 1



Vanilla mix chocolate rice cupcakes nie request by customer sendiri. Frosting with buttercream......dan nak kan deco-deco yang simple-simple jer... untuk hidangan hightea di ofisnya...
So...nie lah hasilnya...ringkas dan deco yang tak banyak mengambil masa untuk membuatnya

cmc with marachino cherry



order yang last week punyer.. customer nak kan chocolate moist cake untuk dihadiahkan buat wife nyer yang tersayang sempena birthdaynya. kali nie diana letakkan ceri untuk menambahkan lagi keserian pada cmc nie...dan juga romantik gitu....hi..hih...

2 tier Wedding Cake



cuti sekolah pun dah bermula banyak undangan majlis perkahwinan. Sebut pasal kenduri2 kawin nie semua, last week Diana dapat call order wedding cakes dan undangannya sekali. Hmm....seriau pulak rasanya ( loghat utara tu yang bermaksud risau ) nak terima. tambah2 lagi customer request 2 tier wedding cakes. Tapi alhamdulillah Diana terima dan sahut cabaran nak buat kek tu jugak. Kata My Sifu, Kak Ana...Kena belajar buat jugak..kalu tak...sampai bila pun kita x tau. Hmmm...betul tu...satu kata2 peransang buatku untuk mencuba. Try and Error kata orang melayu hihih... So....nie lah hasilnya....kalau ada tercomot or x cantik or...kureng kekemasannya, harap diampun ye pengantin.

steam butter cream class


Pada awal bulan Julai lepas, Diana join kelas Kak Ana lagik Kali ni Diana join kelas steam butter cream. Hmm....memang sedap giler buttercream nie...lain dari yang lain. Pas nie sesape nak order...leh contact Diana ye di nombor yang tertera kat header atas tuh. Kek bentuk dome nie...memang sesuai sangat untuk difrosting dengan steam butter cream. Jelas nampak smooth dan licin
so....nie lah hasilan deko steam butter cream Diana. Layannnnnnnnnnnnnn........

Birthday's cake 4 hubby


Besday kek nie diana buat bersempena besday My Hubby yang jatuh pada 12 November yang lalu. HAPPY BIRTHDAY ABANG...Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik hendaknya...dan terima kasih banyak-banyak kerana menjadi seorang suami yang terbaik buat diana.
Diana siap mendeko kek nie pada malam hari jadinya. kui...kui...selalunya orang buat kek nie sehari sebelumnya..tapi lain lak ngan diana nie...last minit. Anyway....sempat diana habiskan dekonya malam tu jugak. So...nie lah hasil yang diana rasa masih kureng sikit...aising pun tak berapa nak smooth lagik.....ye lah buat kalut2 macam nie lah.

Moist Choc Cake Class


Ini lah hasilnyer....nyumm...nyumm.. very rich chocolate kek nie..
and....rasa nyer....of course memang sedap...

cc clown and elmo



HAPPY FATHER'S DAY....SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar bapa. Tak lupa juga, Diana nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat bapa Diana yang berada di Perlis...Haji Alwi bin Haji Saad. Semoga bapak sihat2 hendaknya...dan juga buat bapa mertua yang Diana panggil abah yang berada di Seremban...Mohd Sati bin Haji Basry.Harap2 sentiasa sihat2 juga hendaknya ye....

Sempena hari bapa ini juga Diana dapat order dari nurses2 di Klinik Pergigian Beseri, Perlis. Haa...jauh tu kann...
nak tema yang ader cartoon2 sikit sempena hari bapa nie...so Diana buat mengikut kehendak yang diminta tu...

cheese Tart


Yang ini lak just untuk makan-makan bersama family2 kat Seremban.
so.....layan jer la pic nie...

Sponge Bob theme cuppies


order dari my ofismate Gee, sempena birthday anaknya Fatin

Fondant cakes class


Weekend lepas...Diana join kelas with kak ana lagi. Kali nie diana belajar buat fondant kek. Hmmm.... bukan senang nak buat fondant nie..... dari proses menguli fondant sampai lah proses mendeko fondant nie...memang pecah peluh... macam sauna lah. Ditambah pulak dengan cuaca sekarang nie yang sememang panas sangat-sangat. Patutlah kek fondant nie orang jual mahal kan...mencecah ratusan hinggit gak ler... rupa-rupanyer...kerja2 nyer memang rumit dan memerlukan ketelitian. Ibarat kata...kalau tak dak mood aritu...buat mesti tak jadi punyer...
Ok...inilah hasilnyer kek fondant diana masa kat kelas aritu...

Vanilla cupcakes


Just for makan-makan